Polis tahan tiga lelaki pandu kenderaan bawah pengaruh alkohol

Dari Penulis

TIGA lelaki ditahan selepas memandu di bawah pengaruh alkohol dalam satu Operasi Mabuk di Jalan Pandan Utama, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi terbabit dijalankan pada pukul 10 hingga 12 tengah malam.

Beliau berkata, tiga lelaki berusia 41 hingga 69 tahun itu ditahan atas kesalahan memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.

“Tiga lelaki terbabit telah dibawa ke balai dan pemeriksaan dengan alat Penguji Nafas (EBA II) mendapati keputusan tahap kandungan alkohol dalam darah melebihi had 50/100 mililiter yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

Mohd Azam berkata, sebanyak 55 buah kenderaan dan 70 individu turut diperiksan dalam operasi ini.

“Sebanyak 32 saman telah dikeluarkan atas kesalahan seperti tiada lesen memandu sah, ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, cermin sisi dan lain-lain kesalahan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

AI@NADI usaha perluas akses pembelajaran AI komuniti

PROGRAM AI@NADI yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merupakan usaha memperluas akses pembelajaran kecerdasan buatan (AI) kepada...

More Articles Like This