Sanusi yakin sapu bersih kerusi DUN, Parlimen Kedah

Dari Penulis

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meluahkan keyakinan tinggi bahawa Pas mampu menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dalam pilihan raya akan datang.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu juga yakin parti berkenaan menyapu bersih kerusi Parlimen selepas berjaya menguasai 14 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Jumlah itu menjadikan Muhammad Sanusi yakin pihaknya membolot kesemua 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen.

Menurut Muhammad Sanusi, parti itu akan berusaha untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Petani dan tiga DUN iaitu Kota Darul Aman, Bakar Arang dan Sidam yang dimenangi Pakatan Harapan (PH).

“Pas akan memimpin kemenangan 36-0 (kerusi DUN Kedah). Siapa nak ikut Pas boleh datang, siapa nak berkawan boleh datang, siapa nak lawan boleh tunggu.

“Kita rampas kerusi Parlimen Sungai Petani, jadi semua kerusi Parlimen 15 (milik Pas) dan DUN jadi 36 kerusi. Kita kena yakin tahap itu baru jentera kita yakin sama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Kedah di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi menegaskan bahawa langkah menyapu bersih kesemua kerusi itu tidak mustahil dilakukan.

Malah, kata beliau, Pas di Terengganu telah membuktikan perkara itu apabila menang kesemua 32 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.

“Saya pernah kata kita dapat 33 kerusi dulu dan memang dapat betul, sekarang saya nak kata 36 kerusi kita boleh dapat dengan izin Allah, tak ada siapa tahu ke depan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This