LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan percukaian yang telah disediakan secara dalam talian.
LHDN dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu akan dilaksanakan melalui perkhidmatan Portal MyTax secara berperingkat bermula 1 September ini untuk memperkasa dan melestari pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Jelas LHDN, langkah tersebut adalah sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian yang ingin dibawa kerajaan.
“Pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori ini adalah bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah meningkatkan bilangan perkhidmatan secara dalam talian sepenuhnya dari proses mula hingga akhir; End-to-End (E2E) secara berperingkat dan sepenuhnya yang dijangka pada 1 Januari 2024.
“Ia juga merupakan salah satu usaha LHDN dalam menerapkan elemen Awareness, Education and Services (A.E.S.) di semua Kaunter Perkhidmatan LHDN,” jelas kenyataan tersebut.
Baca juga: ‘Hanya cukai apa yang patut, jangan bebankan rakyat’, kata PM pada LHDN
Mengulas lanjut, LHDN memaklumkan, para pembayar cukai digalakkan untuk beralih kepada Perkhidmatan E2E dalam semua transaksi.
Menurut LHDN, ia termasuk menggunakan kaedah-kaedah pembayaran secara dalam talian yang telah disediakan untuk membuat bayaran bagi memastikan segala transaksi yang direkodkan adalah selamat dan teratur.
LHDN memaklumkan, senarai e-Perkhidmatan yang diwajibkan beserta penerangannya boleh didapati melalui pautan https://www.hasil.gov.my/e-perkhidmatan/ manakala panduan penggunaan e-Perkhidmatan boleh diakses melalui Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/ > Panduan Pengguna.
“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public,” jelas LHDN.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

