KERAJAAN memperuntukkan dana sebanyak RM10 juta kepada program iTEKAD tahun ini bagi memperkasa dan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah memperoleh akses pembiayaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan dana tambahan RM6 juta berbanding RM4 juta buat iTEKAD seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut menggesa institusi kewangan dan perbankan untuk terlibat sama dengan sasaran 20 bank bagi meluaskan lagi program tersebut.
Buat masa ini, program iTEKAD menyaksikan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dengan 11 institusi perbankan.
“Dari segi kos pengurusan (iTEKAD) ini lebih rendah daripada beberapa (program) daripada agensi dikendali kementerian.
“Dari segi tekanan kewangan kepada kerajaan juga jauh lebih kurang, jadi tak ada sebab kenapa program seperti ini tidak boleh dikembangkan.
Baca artikel berkaitan: Indonesia jiran penting Malaysia, perlu saling melengkapi – PM
““Kalau sudah berjaya dengan RM4 juta, tidak perlu saya tambah lagi. Saya pasti dengan keputusan kejayaan, dengan andaian 20 bank, andaian ada lagi dana tambahan daripada Bank Negara, maka saya boleh tambah daripada RM4 juta jadi RM10 juta pada tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jalinan Kerjasama iTEKaD.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau juga akan meminta laporan program tersebut secara berkala daripada BNM.
Katanya, ini kerana program berkenaan adalah contoh yang membanggakan dan boleh dijadikan rujukan kepada agensi kerajaan lain.
“Saya telah minta kementerian berkaitan untuk beri kerjasama supaya program ini ditingkatkan.
“Semasa saya berada di hospital saya telah meneliti beberapa perihal termasuk iTEKaD dan saya merasakan ia lebih cekap, telus dan lebih menunjukkan kesan.
“Mungkin kalau ini (iTEKaD) berhasil kita boleh mengambil contoh ini untuk ditunjukkan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk bumiputera bagaimana mengurus dengan kos minimal dengan lebih berkesan dengan keputusan yang terbaik,” katanya.
iTekad merupakan program penaung yang diwujudkan oleh BNM bagi membantu usahawan mikro berpendapatan rendah memperkukuh pengurusan kewangan dan kepintaran dalam perniagaan ke arah menjana pendapatan yang berterusan.
Setiap program iTEKAD menggabungkan penyediaan aset perniagaan yang dibiayai oleh instrumen kewangan sosial seperti derma, pelaburan impak sosial, zakat dan wakaf tunai, dengan kewangan mikro, berserta latihan kewangan dan perniagaan yang berstruktur.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

