Hamzah sahkan akaun bank dirinya dan isteri dibeku

Dari Penulis

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengesahkan akaun bank milik beliau dan isterinya dibekukan oleh pihak berwajib sejak semalam.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa, beliau percaya tindakan terbabit diambil kerana wujud tekanan dan campur tangan pemimpin politik dalam kerajaan.

“Pembekuan ini yang kemudian disebarkan kepada media, merupakan usaha terdesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menekan pimpinan PN yang semakin mendapat kepercayaan rakyat.

“Ia juga adalah satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN, terutama selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada PN yang memenangi 146 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini,” dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Jun lalu, media melaporkan, kediaman Hamzah diserbu pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) susulan dakwaan terdapat beberapa cukai tidak dilaporkan.

Sebelum itu, beliau turut dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This