Ahmad Samsuri dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) bersetuju melantik Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung hari ini.

Pada masa sama, katanya, mesyuarat juga bersetuju secara prinsip untuk menerima kerjasama pilihan raya bersama parti-parti tertentu yang mempunyai keserasian perjuangan dan kepentingan bersama dengan.

“Mesyuarat hari ini telah memutuskan beberapa perkara antaranya pelantikan Pengerusi PN negeri-negeri.

“Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik YAB Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Parlimen Kemaman untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, Ahmad Samsuri dilapor mengesahkan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat Bersatu sebelum ini sudah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Rentetan itu, beliau dilapor mengarahkan Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas menulis surat pemakluman kekosongan jawatan itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul.

Takiyuddin menambah mesyuarat turut membincangkan beberapa isu semasa yang menjadi perhatian rakyat dan kepentingan negara.

“PN akan terus memainkan peranan sebagai suara semak dan imbang yang bertanggungjawab, konstruktif dan berprinsip demi memastikan kepentingan rakyat serta masa depan negara sentiasa diutamakan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pihak lawan guna hasutan, fitnah dan janji bulan bintang untuk raih undi – Onn Hafiz

PARTI-PARTI yang bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor didakwa telah menggunakan hasutan, fitnah serta janji 'bulan dan bintang'...

More Articles Like This