SEORANG lelaki berjaya diselamatkan selepas cuba membunuh diri dari papan tanda berketinggian 12 meter di Tasik Puncak Bestari, Puncak Alam, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 8.35 pagi.
Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki Melayu berusia 50-an sedang meracau serta berteriak di atas papan tanda.
“Komander operasi memaklumkan kejadian berlaku dipercayai isterinya meminta cerai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, lelaki terbabit berjaya dibawa turun oleh bomba pada pukul 10.35 pagi dalam keadaan selamat selepas dipujuk oleh rakan-rakan dan isteri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

