Banduan diberkas selepas lari tak sampai 24 jam

Dari Penulis

SEORANG banduan warga asing yang melarikan diri dari Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, Nilai berjaya ditahan polis tidak sampai 24 jam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 6.55 petang semalam.

Siasatan mendapati banduan yang merupakan seorang lelaki berusia 39 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan pada tahun 2017 atas kesalahan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Sesyen Temerloh.

“Banduan terbabit telah ditempatkan di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin sejak 19 Jun 2023 bagi proses pengusiran pada 9 September ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, polis telah melancarkan Op Tutup dan membuat rondaan bermotosikal bagi mengesan banduan tersebut.

Abdul Malik berkata, banduan terbabit telah berjaya ditangkap di Kilometer 29 Lebuhraya Lekas, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 10 malam.

“Reman terhadap banduan telah dibenarkan selama empat hari sehingga Jumaat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCMC, PDRM tumpaskan sindiket kecurian peralatan telekomunikasi di Sarawak

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan peralatan telekomunikasi...

More Articles Like This