MY Gaya Month 2023 angkat martabat pereka fesyen Malaysia, ketengah produk buatan tempatan

Dari Penulis

Seiring dengan Kempen Beli Barangan Malaysia, Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) melancarkan ‘My Gaya Month’ dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini.

Kempen yang berlangsung selama sebulan ini menampilkan 31 orang pereka, usahawan gaya hidup dan akademi fesyen tempatan mengambil tempat mempromosikan jenama dan produk buatan tempatan Malaysia dengan tema fabrik berelemen ‘warisan’.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, usaha ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik untuk mengangkat segmen fesyen untuk diketengahkan dalam membantu usahawan tempatan memasarkan produk Barangan Malaysia.

“Saya percaya produk barangan Malaysia mempunyai kualiti yang tersendiri dan seni budaya masyarakat kita sebenarnya boleh diterjemah melalui produk-produk fesyen.

“Malah saya percaya Kempen Beli Barangan Malaysia perlu diperluaskan ke luar negara dan tidak hanya memberi fokus kepada rakyat Malaysia sahaja,” katanya dalam sidang media pelancaran program My Gaya Month 2023.

Selain memberi fokus kepada produk jualan, My Gaya Month juga merupakan inisiatif untuk memupuk ilmu dalam bidang fesyen dan gaya hidup yang menjadi topik perbincangan relevan di kalangan pengamal dan peminat industri melalui forum perbincangan. Forum ini akan menampilkan pakar, ilmuan dan juga penggiat industri seperti Leslie Variyan (Variante), Dato Lewre Lew (Lewre), Dr Thomas Ong (Nanotextile) dan Izree Kai Hafiz (FiziWoo).

Antara barisan pereka, usahawan dan akademi yang akan memperagakan jenama mereka sempena MY Gaya Month 2023 ialah Bon Zainal, FiziWoo, Hasfitri, Ghadeez, Kalima, Batek by Rasta Rashid, Kahani dan Huda Hassan.

My Gaya Month 2023 akan melabuhkan tirainya dengan sebuah pertunjukkan fesyen pada 10 September 2023 di Farenheit88 yang juga akan disiarkan secara langsung oleh RTM dan platform sosial media.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This