[VIDEO] Penari & koreografer Macam-Macam Aznil, Ahmad Kassan meninggal dunia

Dari Penulis

PENGACARA terkenal, Datuk Aznil Nawawi berkongsi berita sedih mengenai pemergian koreografer legenda, Ahmad Kassan, pagi tadi.

Kata Aznil, arwah adalah individu penting di sebalik program Macam-Macam Aznil satu ketika dulu.

“Saya baru dapat berita perkhabaran duka mengenai pemergian sahabat saya, Allahyarham Ahmad Kassan yang juga antara nadi kuat dalam program Macam-Macam Aznil.

“Beliau dikhabarkan meninggal dunia di Singapura. Saya dah lama tak berhubung dengan dia. Saya cuma dapat perkhabaran mengenai diri dia melalui hantaran dia di Facebook dan Instagram.

“Baru sebentar saya menerima khabar duka bahawa beliau kembali ke rahmatullah,” katanya.

Aznil berkongsi khabar duka itu menerusi hantaran video di Instagram.

Tambah Aznil lagi, Allahyarham adalah rakan rapatnya sepanjang mengendalikan Macam-Macam Aznil sekaligus berasa kehilangan.

“Allahyarham adalah seorang yang sangat rapat dengan saya ketika kami membuat rakaman Macam-Macam Aznil dan beliau adalah tunjang utama kejayaan program itu.

“Saya rasai kehilangan dia dan semoga pemergiannya akan sama-sama kita dapat sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Dan semoga Allahyarham dikumpulkan bersama dengan orang-orang yang soleh,” luahnya sebak.

Untuk info, selain bergelar koreografer, Allahyarham juga seorang penari dan sering kali muncul dalam program hiburan antarnya Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This