[VIDEO] Uqasha Senrose pesan pada Kamal Adli jangan cakap besar tentang poligami

Dari Penulis

SEJAK kebelakangan ini isu poligami menjadi topik utama hingga mendapat perhatian wargamaya dan termasuklah golongan selebriti yang turut sama memberikan pendapat.

Bagi aktor Kamal Adli, dia tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk berkahwin lagi sekaligus menduakan isterinya, pelakon Uqasha Senrose.

Jelas Kamal menerusi siaran langsung di TikTok, dia memberitahu bahawa isterinya sudah cukup membahagiakannya.

“Cukuplah satu, kenapa nak pasang dua, tiga dan empat? Satu ni pun dah membahagiakan, tak perlulah kita nak tambah lain.

“Cukuplah satu ni untuk dihargai, dicintai, disayangi, digaduhi dan dimanjai.

“Nak berlawan pantun pun dekat seorang saja, tak payah ada dua atau tiga. Insya-Allah,” katanya.

Kamal membuat sesi ‘live’ di TikTok dan sempat menjawab pertanyaan peminat mengenai isu poligami yang sedang ‘panas’ sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, Uqasha turut berada di sesi Kamal, sempat menasihatkan suaminya itu untuk tidak bercakap berlebihan kerana bimbang kata-kata tersebut akan berbalik kepada mereka.

“Tak apalah, itu kehidupan orang, biarlah. Jangan cakap besar, nanti tiba-tiba Allah uji.

“Saya tak nak cakap sebab takut berbalik pada kita,” ujarnya.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This