MCMC keluar notis terhadap empat penyedia perkhidmatan komunikasi

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan notis terhadap empat penyedia perkhidmatan komunikasi berikutan kegagalan syarikat berkenaan mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan ditetapkan.

Unit Komunikasi Korporat MCMC dalam kenyataan memaklumkan, notis dikeluarkan di bawah subseksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) kepada keempat-empat penyedia perkhidmatan itu bagi meminta mereka memberikan penjelasan lanjut serta mendapatkan pelan penyelesaian interim dan jangka panjang untuk menangani masalah liputan komunikasi.

Ia susulan aduan dibangkitkan mengenai masalah liputan komunikasi daripada penduduk Taman Ambassador Village, Durian Tunggal.

“MCMC menyantuni pengadu pada 1 Sept lepas dan menjalankan aktiviti pengauditan perkhidmatan komunikasi talian mudah alih di lokasi aduan.

“Hasil pengauditan yang dijalankan mendapati, beberapa syarikat penyedia perkhidmatan iaitu Celcom, Maxis, YTL dan Telekom Malaysia (TM) tidak mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Baca juga: MCMC pertimbang kerangka kawal selia kandungan memudaratkan

Dalam kenyataan sama, MCMC turut berkongsi rancangan sedia ada yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan komunikasi di kawasan berkenaan.

“Buat masa ini, rangkaian gentian optik di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sedang dilaksanakan di lokasi aduan dan projek berkenaan dijangka siap menjelang akhir 2023 yang bakal memanfaatkan 250 penduduk.

“MCMC akan terus memantau dan memastikan liputan komunikasi di lokasi tersebut dalam keadaan yang optimum demi keselesaan penduduk,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This