MCMC pertimbang kerangka kawal selia kandungan memudaratkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mempertimbangkan menggubal kerangka kerja kawal selia bagi menangani kandungan memudaratkan dalam talian dan ketidakseimbangan media.

Perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, semalam.

Mesyuarat tersebut menjurus kepada langkah penting ke arah kawal selia platform digital bagi menangani landskap media dalam talian yang mencabar.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, perkara tersebut turut dibincangkan bersama platform dalam talian iaitu Meta dan Google bagi menangani cabaran media dalam talian.

Pada masa sama, suruhanjaya itu memberitahu, TikTok juga telah dijadualkan untuk bertemu dengan MCMC melibatkan perkara sama.

Menurut MCMC, Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengguna pakai rangka kerja kawal selia yang serupa sebagaimana telah dilaksanakan di Australia dan Kanada.

“KKD dan MCMC juga telah berbincang dengan platform dalam talian utama seperti Meta dan Google bagi mewujudkan rangka kerja pelesenan serta kawal selia.

“Cabaran yang dihadapi termasuk penyebaran kandungan memudaratkan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, perjudian dalam talian serta kandungan yang menyentuh isu agama, kaum dan diraja (3R).

Baca artikel berkaitan: Bukan sekat kebebasan media, MCMC hanya tegakkan integriti maklumat

“Selain itu, ia turut melibatkan penipuan dan pancingan data; penjualan serta promosi bahan terlarang seperti dadah; penyamaran serta penyebaran maklumat dan berita palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC berkata, penglibatan suruhanjaya itu bersama KKD dengan platform dalam talian menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menangani cabaran pasaran digital.

Katanya, antara cabaran yang dihadapi adalah ketidakseimbangan dalam perbelanjaan pengiklanan (ADEX) antara platform digital dan media tempatan bagi memastikan pampasan yang adil untuk pencipta kandungan berita.

MCMC memberitahu, usaha tersebut melangkaui pembayaran kepada pencipta berita semata-mata kerana ia juga merupakan titik permulaan bagi revolusi teknologi kecerdasan buatan (AI).

“KKD dan MCMC mengakui kepentingan teknologi ini dan menyasarkan dapat melaksanakan peraturan serta amalan yang adil dan bijak.

“Ini termasuk perancangan untuk menggalakkan persaingan yang adil, mengukuhkan hak harta intelek, melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan dalam talian serta menjaga privasi pengguna,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This