Jangan malas membaca, pesan Puad kepada Ketua Pemuda Bersatu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dinasihatkan agar tidak membalas membaca.

Itu reaksi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung bantahan pelepasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disuarakan Wan Ahmad Fayhsal.

Menurut Mohd Puad, kebanyakan pihak yang membantah pelepasan Ahmad Zahid langsung tidak mengulas 11 alasan yang diberikan pendakwa raya.

“Fakta 5 menyebut, pihak pendakwa tidak mahu dilihat cuai, terburu buru, pra matang dan membuat pendakwaan tidak lengkap. Terbukti betul. Lihat kes Shahrir Samad.

“Fakta 6 pula sebut ia menganggu reputasi Jabatan Peguam Negara seolah olah diperalatkan oleh pihak tertentu. Apakah itu pengakuan setelah Tommy Thomas dan Idrus bersara?

“Paling signifikan ialah alasan ke 8. Mahkamah ambil kira penubuhan RCI siasat buku Tommy Thomas. Buku itu pengakuan tidak sengaja iaitu wujud ‘konspirasi peringkat tertinggi’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Budak perempuan 5 tahun cedera dilanggar Elantra mengundur

Mengulas lanjut, Mohd Puad turut membidas  Wan Ahmad Fayhsal yang atas kenyataan empat tahun masa terbuang.

Jelas Mohd Puad, hal itu berbeza dengan kes Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilepaskan dengan alasan pertuduhan tidak lengkap.

“Alasan ke 9 menyebut, oleh kerana ada dakwaan selective prosecution oleh rejim kerajaan sebelum ini, maka penting pihak Pendakwaraya dan SPRM melihat dan turut menyiasat. 

“Nasihat saya pada Ketua Armada Bersatu. Jangan jadi ahli politik malas membaca,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This