SEORANG lelaki cedera parah selepas lori kontena yang dipandu terjunam dari jambatan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan dekat Plaza Tol Pulau Indah, pagi tadi.
Video penuh klik link di bawah.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian daripada peronda lebuhraya pada pukul 11.41 pagi.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati sebuah lori kontena bermuatan minyak masak telah terjatuh ke dalam gaung sedalam 4.5 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, seorang lelaki Melayu berusia 50-an telah keluar sendiri dari kepala lori dan cedera parah.
Katanya, mangsa berada dalam keadaan sedar dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

