Anak gadis pasangan selebriti didakwa jadi penyondol, umur baru 18 tahun tapi dah pandai ‘check-in’ hotel!

Dari Penulis

KECOH di laman sosial X (Twitter) apabila ciapan seorang wanita mendakwa anak perempuan kepada pasangan selebriti menjadi punca kehancuran rumah tangganya dengan bekas suami.

Wanita yang dikenali sebagai Misya itu mendedahkan gadis yang berimej muslimah itu menjadi penyondol kepada mahligai yang dibina selama tiga tahun.

Menerusi beberapa ‘bebenang’ yang dikongsi di platform X itu lagi, Misya turut memuat naik resit bukti gadis berusia 18 tahun itu kantoi ‘check-in’ bersama bekas suaminya.

Dalam pada itu, Misya mendedahkan, keluarga gadis tersebut pernah bersemuka dengan dirinya dan berjanji untuk tidak lagi menganggu rumah tangganya.

Sungguhpun berjanji, namun gadis yang merupakan pempengaruh media sosial itu seakan tidak menunaikan janjinya apabila masih lagi meneruskan hubungan dan bergelar orang ketiga dalam rumah tangga Misya.

Misya yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu nekad untuk menularkan perbuatan mereka selepas dicabar oleh bekas suami dan gadis tersebut.

Rata-rata warganet tidak menyangka gadis berusia 18 tahun itu sudah bergelar perosak rumah tangga sehingga terjadinya perceraian.

Difahamkan, gadis tersebut merupakan bekas kekasih lelaki tersebut ketika mereka bercinta pada usia 12 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This