“Jiwa tenang lebih berharga daripada kehebatan dunia…,” – Abby Abadi titip pesanan matang buat Marissa Dania

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan figura popular tanah air, Abby Abadi, sekali lagi mencuri perhatian masyarakat apabila tampil memberikan sokongan moral yang penuh hikmah buat anak perempuannya, Marissa Dania Hakim. 

Di kala nama anaknya itu hangat diperkatakan susulan kemelut rumah tangga yang membabitkan isu lafaz cerai dan rujuk, Abby memilih untuk berdiri teguh sebagai sistem sokongan utama dengan menitipkan kata-kata semangat yang menyentuh jiwa.

Menerusi hantaran terbaharunya di Thread, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menasihatkan Marissa supaya tidak membiarkan diri tewas dalam tekanan situasi yang sedang melanda. 

Sebaliknya, dia mahu anaknya itu mengambil ruang untuk bernafas dan menghargai nikmat kehidupan yang masih ada di depan mata.

Abby menekankan fasa usia 20-an adalah waktu untuk belajar, bukannya untuk menyerah kalah. 

Dia turut mengingatkan Marissa agar tidak terikut-ikut dengan arus persepsi orang lain, sebaliknya fokus kepada membina jati diri yang lebih tenang dan bermakna.

“Pusing-pusing dulu lihat keindahan bumi Allah ini.

“Bagi peluang untuk diri merasa nikmat kehidupan yang Allah anugerahkan.

“Kalau hari ini adik masih belum memahami sepenuhnya erti kehidupan, itu tidak mengapa kerana yang paling utama adalah proses pembelajaran yang berterusan,” katanya.

Tambahnya, setiap tindakan yang diambil haruslah mempunyai nilai tersendiri dan bukan sekadar mengikut apa yang dilakukan oleh orang ramai.

“Jangan sesekali melakukan sesuatu hanya kerana ramai yang berbuat demikian. 

“Lakukanlah sesuatu yang mampu memberi ‘nilai’ sebenar dalam hidup adik. 

“Perlu diingat, ukuran nilai hidup bukan terletak pada siapa yang paling hebat di mata dunia, tetapi pada jiwa dan hati yang sentiasa tenang,” katanya lagi.

Sebagai seorang ibu, Abby melihat segala ujian yang menimpa anaknya bukan sebagai satu kegagalan mutlak, melainkan satu jambatan menuju kematangan. 

Dia juga menyuntik keyakinan dalam diri Marissa bahawa setiap manusia berhak untuk bangkit semula selepas melakukan kesilapan.

“Nasihat mama, adik baru sahaja 20 tahun. Sebarang kesilapan yang berlaku bukanlah bermakna adik telah gagal dalam hidup. 

“Sebaliknya, itu adalah petanda bahawa adik sedang dalam proses pembelajaran untuk menjadi manusia yang lebih berkualiti dan matang. 

“Mama tahu anak Mama ini seorang yang kuat,” ujarnya.

Isu ini timbul susulan kehadiran Marissa dan suaminya, Ahmad Aslam, 27, ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tujuan pengesahan lafaz cerai dan rujuk,  hari ini.

Peguam syarie yang mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, mengesahkan bahawa permohonan tersebut telah difailkan sejak 10 Mac lalu.

Difahamkan, Ahmad Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 dan April tahun lalu, sebelum pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh berasingan. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This