SEORANG lelaki disyaki ahli kongsi gelap ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Jalan Dagang Permai 3, Ampang pada awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang peniaga berusia 27 tahun.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 5.50 pagi, pengadu yang bangun dari tidur mendapati tingkap dapur telah terbuka dan besi tingkap telah bengkok dipercayai dimasuki pencuri.
“Pengadu membuat pemeriksaan dan mendapati empat buah beg tangan berjenama yang diletakkan di kerusi dapur telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek seorang pemandu lori ditahan di rumah pangsa Jalan Industri, Puchong pada 12 tengah malam semalam selepas disyaki terlibat dalam kes tersebut.
“Pemeriksaan tubuh suspek berbangsa India berusia 41 tahun itu mendapati terdapat tatu disyaki sebagai ahli kongsi gelap Geng 08,” ujarnya.
Turut dirampas sebuah unit pemprosesan pusat (CPU), Playstation 3, enam buah telefon bimbit, dua beg tangan, sebuah beg laptop, tiga utas jam tangan, dua buah kamera, sebuah kamera papan pemuka, tujuh utar rantai leher, dua pasang kasut, sebotol minuman keras, sehelai sarung muka, sehelai seluar jean, sekeping plat kekuningan dan wang tunai RM170.
Katanya, modus operandi suspek dipercayai mengumpil pintu, tingkap belakang rumah dan kawasan perumahan yang tidak mempunyai pengawal keselamatan.
Mohd Azam berkata, suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang bagi permohonan reman.
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

