Membawa inspirasi spa Bali terus ke rumah, SpaConcepts memahami akan keperluan golongan wanita dengan memudahkan lagi rutin penjagaan kecantikan dengan konsep spa di rumah.
Menurut pengasas SpaConcepts, Kenny, rangkaian produk kecantikan yang dhasilkan merupakan gabungan resipi tradisional Bali dan pengunaan bahan alami bagi memberikan hasil terbaik kepada kulit.
“Produk kami terbahagi kepada tiga segmen utama iaitu siri SpaConcept Skincare, SpaConcept Body care dan SpaConcept Home. Kami memberi penekanan terhadap penggunaan bahan-bahan semula jadi untuk penjagaan kecantikan dengan pengalaman bak terapi di spa,” ulasnya.
Tambah Kenny lagi, pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam dunia kecantikan menjadikannya lebih selektif dengan pemilihan bahan-bahan dengan penekanan kepada unsur ketulenan dan semulajadi seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan. Malah katanya lagi, kecantikan sebenar boleh membawa pengaruh positif kepada minda, emosi dan jiwa.
“Bahan yang kami gunakan hanyalah bahan dari Bali sahaja dan semuanya menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan. Kami juga mengekalkan bauan aromatik seperti frangipani, water lily dan orkid bagi memberikan pengalaman bagai di spa setiap kali menggunakan produk ini.
“Apabila menggunakan bahan alami, ia akan meremajakan kulit secara semulajadi. Contohnya timun, selain melembapkan kulit ia akan memberi nutrisi pada kulit. Ia berbeza dengan produk farmasi kerana ia hanya akan memberi fokus kepada masalah kulit yang dihadapi. Jika menggunakan produk untuk jerawat, ia hanya akan merawat masalah jerawat tanpa memberi manfaat kepada kulit secara keseluruhannya,” tambahnya.
Ulas Kenny lagi, Siri Lilylight yang diilhamkan daripada bunga teratai dan pati betik terkenal di Bali merupakan antara produk terlaris yang memberi manfaat kepada kesan kelembapan dan mencerahkan kulit. Hydrating Mist juga antara produk yang menjadi pilihan yang mampu meremajakan kulit dan sesuai untuk pemakaian solekan agar tahan lama.

