Aina Abdul nafi ada kekasih hati, anggap diri ibarat lapisan kulit bawang

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Aina Abdul menangkis dakwaan sesetengah yang mendakwa hatinya kini sedang berbunga cinta.

Namun, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani,30, tidak pernah mengecilkan ruang untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.

Jelas Aina, ketika ini dia lebih memberi fokus kepada karier seni yang semakin berkembang hingga membuatkan dia tidak terlalu mengambil berat soal percintaan.

“Sebenarnya nak jawab soalan sedang bercinta tu agak susah untuk saya. Saya ni seorang yang sukakan kelainan…yang orang tak suka dan berbeza dengan individu lain.

“Nak cari yang sesuai dengan personaliti kita tu memang susah. Saya ni ibarat lapisan kulit bawang yang berlapis-lapis.

“Kalau boleh, saya tak mahu sekadar berkawan dan saya tak nak lukakan hati sesiapa.

“Nak kata ni seorang yang sukar untuk didekati, mungkin sebab saya ni gemar bekerja dalam kumpulan yang ramai hingga buatkan lelaki yang nak kenal saya tu jadi tak berani nak dekat,” katanya kepada URTV.

Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert A Night With Aina Abdul 3.0 di Starhill, hari ini.

Tambah penyanyi Terus Hidup itu lagi, buat masa ini dia belum memikirkan tentang perkahwinan apatah lagi soal teman hidup.

Aina juga selesa untuk memberi jawapan selamat saat ditanya para media megnenai kesahihan hatinya telah dimiliki seseorang.

“No komen. Hubungan rapat itu tidaklah. Tapi saya tak halang diri untuk berkawan sebab orang sering bertanya daripada mana saya dapa inspirasi untuk menghasilkan lagu.

“Lagu-lagu saya semuanya mengisahkan tentang hubungan peribadi. Saya pun manusia biasa yang berkawan dengan semua orang dan ingin rasa bercinta.

“Kalau bercakap soal tamatkan zaman bujang, lambat lagi saya rasa. Saya ni kuat bekerja. Jadi kalau tentang kawan tu sekadar itu sajalah bukan teman istimewa,” ujarnya.

Aina bakal mengadakan sebuah konsert pada 18 November ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 8 malam.

Tiket mula dijual pada 15 September ini dan boleh dibeli menerusi www.ainaabdul.my.

/////////////

Penyanyi popular, Aina Abdul menolak dakwaan yang dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun menurut Aina, dia tidak pernah menyekat dirinya untuk mengenali mana-mana lelaki dengan lebih rapat.

“Mempunyai teman yang rapat tidaklah… namun saya tidak menyekat diri saya untuk bercinta.

“Lagipun, kebanyakan lagu-lagu saya diinspirasikan daripada hubungan peribadi kan?

“Saya pun manusia biasa, jadi saya berkawan dengan semua. Namun untuk menamatkan zaman bujang tu lambat lagilah, tidak ke situ lagi,” katanya.

Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung pada Selasa di The StarHill, Kuala Lumpur.

Ditanya sama dia mempunyai lelaki pujaan hati (crush), penyanyi lagu Jangan Mati Rasa Itu mengakui dia sama juga seperti orang lain.

“Kita kan suka tengok benda yang cantik, benda yang handsome, benda yang lawa. Something pleasant to my eyes.

“Kadang kita suka melihat, tapi kita tahu kita ni bukan boleh beri 100 peratus komitmen dan kita tak nak kecewakan pasangan tu juga,” katanya lagi.

Terdahulu, tiket untuk menyaksikan A Night With Aina Abdul 3.0 akan mula dijual pada 15 September depan dengan harga bermula RM98 (Silver) hingga RM458 (MIP) di www.aina.abdul.my.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This