Kes lakukan khianat palang pagar digugurkan, Awal Ashaari selesai luar mahkamah

Dari Penulis

PERTUDUHAN terhadap pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari yang didakwa merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan di Damansara pada 16 April tahun lalu berjaya diselesaikan di luar mahkamah.

Peguamnya, Datuk M Reza Hassan berkata, selepas mendengar keterangan daripada saksi yang ingin menarik balik pertuduhan terhadap Awal, pendakwa raya menerima permohonan itu sekali gus mengesahkan perkara itu selesaikan secara baik.

“Alhamdulillah, anak guam saya berjaya menyelesaikan pertuduhan terhadapnya di luar mahkamah. Selepas menerima keterangan daripada saksi di hadapan pendakwa raya pagi ini, saksi mengesahkan perkara itu sudah diselesaikan di luar mahkamah.

“Saksi ingin menarik balik aduan terhadap Awal. Jadi berdasarkan keterangan yang diberikan, mahkamah menerima permohonan dan pendakwa raya menarik balik kes terhadap Awal,” katanya memetik Harian Metro.

Menurut Reza, proses perbincangan di luar mahkamah di antara kedua-dua peguam sudah dijalankan beberapa bulan lalu memandangkan tidak berlaku sebarang kerugian.

“Pengadu hanya terbabit secara aktif dalam proses perbincangan ini bulan lalu. Jadi, apabila perkara ini dibawa ke peringkat pengurusan perumahan terbabit, mereka mengesahkan tiada kerugian berlaku memandangkan segala kerugian ditanggung oleh syarikat insurans,” katanya.

Terdahulu, Awal bersyukur apabila pertuduhan terhadapnya ditarik balik Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Pada 17 Mei tahun lalu, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan terbabit.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara dengan nilai kerugian dianggar RM600 pada jam 11.30 pagi, 16 April tahun lalu.

Pengacara itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This