Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun dan cucu lelakinya berusia berusia setahun tujuh bulan, ditemukan lemas di dalam sebuah kolam terbiar, berhampiran sebuah restoran di Taman Kempas, kira-kira pukul 7.20 malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Azmi Abdullah dan cucunya Muhammad Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata sepasukan anggota dari Balai Polis Tikam Batu, bergerak ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai penemuan mayat kedua-dua mangsa yang terapung di dalam kolam tersebut.
“Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Matang Berangan, Pinang Tunggal, dikeluarkan dari kolam sedalam satu meter, dengan bantuan orang awam.
“Maklumat awal daripada bapa kanak-kanak terbabit, warga emas itu sering mengambil anaknya dan membawanya berjalan-jalan setiap petang…namun sehingga pukul 7 malam tadi, kedua-dua mereka tidak pulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zaidy berkata bapa kanak-kanak itu keluar mencari dan sewaktu melalui kawasan kolam itu, dia melihat orang ramai berkumpul sebelum menemukan mayat kedua-dua mangsa yang sudah terapung di dalam kolam tersebut.
“Pemeriksaan terhadap mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, di sini untuk bedah siasat,” katanya.
— BERNAMA
Tuesday , 12 September 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

