Guru maut kemalangan selepas pulang dialisis

Dari Penulis

SEORANG guru maut selepas kereta yang dipandu terbabas di Kilometer 7.5, Pintasan Rawang, Serendah pada 12.45 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa seorang lelaki berusia 39 tahun dalam perjalanan ke rumah selepas selesai menjalani rawatan dialisis di hospital.

Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, mangsa yang memandu Proton Ertiga telah hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu di kiri jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, bedah siasat terhadap mangsa akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This