Zahid serah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ambil langkah pencerahan isu DNAA

Dari Penulis

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi berhubung langkah yang akan diambil jawatankuasa itu ke arah pencerahan berhubung isu keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) beliau daripada pertuduhan di mahkamah.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi jawatankuasa berkenaan William Leong Jee Keen bahawa jawatankuasa itu akan memanggil Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk memberikan penjelasan berhubung keputusan DNAA itu.

“Apa yang dicadangkan YB William itu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu adalah pengumuman yang dilakukan pada sidang khas membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12).

“Kita serahkan kepada jawatankuasa itu untuk melakukan langkah-langkah ke arah pencerahan isu berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Halal Sector Forum 2023, hari ini.

Baca artikel berkaitan: DNAA: Jawatankuasa Khas Parlimen panggil Ahmad Terrirudin, Idrus

Semalam, Leong ketika Sidang Khas Dewan Rakyat memaklumkan jawatankuasa itu juga akan memanggil bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun untuk memberi penjelasan dan satu laporan akan dibentangkan selepas prosiding itu dilaksanakan.

Sementara itu, mengulas mengenai rancangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan demonstrasi pada sambutan Hari Malaysia, Sabtu ini Ahmad Zahid berkata: “Kita sebuah negara demokrasi, ada pihak yang ingin menganjurkan dan ada sebaliknya, saya harap tidak ada pertempuran di jalanan.”

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata tiada keperluan untuk mengadakan referendum dalam kalangan ahli parti itu berhubung kerjasama dengan DAP seperti dicadangkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil.

“Tidak perlu referendum, saya hormati pendapat peribadi, tetapi jangan memaksa semua orang menghormati pendapat peribadi,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This