Malaysia komited kekalkan sekurang-kurang 50 peratus kawasan berhutan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan berhutan selaras dengan Sidang Kemuncak Rio De Janeiro pada tahun 1992.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-80 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan dasar pelupusan tanah kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku penyedia perkhidmatan elektrik negara.

Katanya, dasar berkenaan tidak mengetepikan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan kepada pihak-pihak berkuasa negeri.

Menurut Perdana Menteri, mesyuarat itu juga merupakan suatu wadah bagi Kerajaan Persekutuan berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri berkaitan dasar yang menyentuh tatakelola pentadbiran tanah yang konklusif sejajar dengan Perlembagaan.

Baca artikel berkaitan: PM Anwar tiba di Singapura untuk lawatan kerja sehari

“Kami berbincang mengenai beberapa perkara antaranya komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan berhutan selaras dengan Sidang Kemuncak Rio De Janeiro pada tahun 1992.

“MTN-80 juga bersetuju dengan keputusan Majlis Mineral Negara Ke-2 (MMN2) yang melibatkan kelulusan secara prinsip Dokumen Prosedur Operasi Standard Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Malaysia.

“Ia termasuk syarat kelayakan penyediaan dan perakuan Laporan Carigali dan Penjelajahan hanya oleh ahli geologi berdaftar; ahli geologi asing berdaftar; pengamal berdaftar atau jurutera profesional dengan perakuan amalan.

“Aspek ekonomi dan kemampanan merupakan perkara yang ditekankan dalam kita mentadbir urus soal guna tanah untuk diwarisi generasi akan datang,” katanya dalam hantaran tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This