Ahmad Maslan jawab soal pelaksanaan semula GST Isnin

Dari Penulis

PERSOALAN mengenai pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dijawab kerajaan Isnin depan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan seperti dilaporkan Astro Awani.

Menurut Ahmad, beliau akan menjawab mengenai perkara tersebut di Dewan Rakyat kerana telah dibangkitkan sewaktu sesi perbahasan ahli-ahli Parlimen.

“Saya akan jawab hari Isnin di Dewan Rakyat mengenai perkara itu (laksana semula GST) sebab perkara ini telah dibangkitkan pelbagai pihak dalam ucapan (Dewan Rakyat).

“Semalam saya bertemu dengan Ahli-ahli Parlimen kerajaan mengenai maklum balas mereka tentang Belanjawan 2024, ramai yang hadir ke libat urus dengan Ahli-ahli Parlimen dan memang ada beberapa persoalan tentang GST.

Baca artikel berkaitan: Kurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum perkenal semula GST – PM

“Saya maklum kepada semua akan menjawab pada Isnin selepas sesi Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum memperkenalkan semula GST.

Melalui wawancara bersama Bloomberg ketika Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Institut Milken di Singapura, erdana Menteri mengakui bahawa GST adalah sistem cukai yang paling cekap dan telus.

Beliau menambah, rasionalisasi subsidi tidak akan menjadi keputusan popular, tetapi kerajaan mempunyai empat tahun sebelum pilihan raya akan datang.

Justeru, beliau berkata kerajaan perlu melakukan rasionalisasi subsidi secepat mungkin kerana perbelanjaan subsidi untuk negara adalah antara yang tertinggi di Asia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This