Kerjasama UMNO, Bersatu perlu dibincang secara rasmi – Ahmad Maslan

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disaran mengadakan perbincangan secara rasmi jika mahu bekerjasama dengan UMNO termasuk menyertai kembali parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perbincangan termasuk menulis surat rasmi perlu dibuat bagi membolehkan ia dibincangkan oleh MKT UMNO.

“Tidak ada perbincangan di peringkat MKT mengenai apa yang dicadang Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada mesyuarat baru-baru ini.

“Malah mesyuarat MKT sebelum ini juga tidak pernah membincangkan mengenai (kerjasama dengan Bersatu) isu ini. Tentunya perkara penting sebegini perlu dibincang di peringkat MKT UMNO.

Baca artikel lain: PRU2025 Singapura: Pemilih keluar mengundi di seluruh negara

“Jika Bersatu mahu lakukan (kerjasama dengan UMNO) atau mahu pun berkeinginan menyertai UMNO semula, kemukakan surat supaya perbincangan rasmi dapat dibuat.

“Jangan asyik bangkitkan perkara ini (di media) kerana jika tiada permohonan, macam mana ia hendak dibincangkan secara rasmi di peringkat MKT UMNO,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program Jelajah Revolusi Pembinaan CR4.0 dan myDigital Kontraktor (MDK), di Benut, hari ini.

Kelmarin, Hamzah dilaporkan berkata Bersatu terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO, kerana kedua-dua parti berkongsi asas ideologi yang sama.

Hamzah dilaporkan, bekas pemimpin MIC dan MCA juga sudah mendaftar untuk menjadi ahli Bersatu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This