TINDAKAN Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Ke-15 Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi memanggil Peguam Negara bagi menjelaskan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai mengejutkan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, setahunya tidak ada negara di dunia yang menyaksikan Parlimen mencampuri urusan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Jelasnya, tindakan tersebut seolah-olah mempersoalkan keputusan hakim dalam kes mahkamah untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid.
“Ahli Kongres Amerika dan Ahli Parlimen UK yang telah mengamalkan demokrasi berpuluh tahun pun tak pernah mengadakan prosiding untuk menyiasat keputusan mahkamah.
“Padahal, PMX sendiri sudah menjelaskan beliau tidak campur tangan dalam keputusan yang dibuat AG kerana ia termaktub dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Tapi kena tiba-tiba semalam, Jawatankuasa Khas Parlimen bertindak melangkaui Perlembagaan?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Anwar mungkin beri penjelasan isu DNAA Zahid di Dewan Rakyat
Nur Jazlan menambah, lagi pun Ahli JKPK pun bukan merupakan peguam atau profesional dalam perundangan kriminal seperti di Jabatan Peguam Negara dan juga hakim mahkamah.
Sehubungan itu, beliau menggesa pembangkang dan pemimpin di dalam Kerajaan Perpaduan untuk berhenti memainkan isu DNAA ini lagi.
“Sudah-sudahlah mainkan isu kes Zahid ini untuk raih sokongan dan membunuh karakter pemimpin UMNO. Sebabnya kamu semua yang rasa diri tu suci dan maksum sebenarnya juga pendosa besar.
“Apa yang kamu semua masih kurang faham ataupun memang jenis tak reti bahasa? AGC dah keluarkan penjelasan dan 11 sebab kenapa mereka meminta mahkamah melepaskan tanpa bebaskan Zahid.
“Terimalah dengan hati terbuka dan biarkan SPRM teruskan siasatan untuk cari bukti-bukti baru kalau ada terkait dengan Zahid. Sabarlah,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

