‘Anda tak nak duduk semeja dengan DAP, teruskan keangkuhan kamu’ – Loke

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DAP menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama dengannya jika diberi mandat semula membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 sebagai satu keangkuhan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, kenyataan itu nyata bertentang dengan apa yang berlaku di dalam Kerajaan Perpaduan di mana Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi duduk di sebelahnya.

“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP. Hebat! Teruskan keangkuhan kamu.

“Tapi, Presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya. Harap maklum. Terima kasih!,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Terdahulu, BN Johor menegaskan tidak akan bekerjasama dengan DAP jika diberi mandat semula untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pendirian itu adalah sebahagian daripada ketetapan politik gabungan berkenaan pada peringkat negeri ini.

“Jika diberi mandat sekali lagi, kita tidak sekali-kali akan bersama DAP dalam kerajaan. Ini bukan isu emosi atau perkauman, tetapi pendirian politik BN Johor.

“Saya lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan mereka,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Pembahagian kerusi akan dimuktamad dalam masa terdekat

PEMBAHAGIAN kerusi Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Pengerusinya, Datuk Seri Dr...

More Articles Like This