Malaysia terus main peranan sokong negara membangun, rapat jurang negara maju

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA akan terus memainkan peranannya dalam menyokong negara-negara membangun atau Dunia Selatan yang menyaksikan pelebaran jurang dengan negara maju.

Perkara tersebut dinyatakan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika menyampaikan kenyataan Malaysia pada Persidangan G77+China di Havana, Cuba, semalam.

Menurut Zambry, sebagai salah satu ahli pengasas Kumpulan G77, Malaysia amat berbangga dengan kemajuan yang dicapai G77+China dalam isu-isu penting buat negara membangun.

Bagaimanapun, beliau berkata, Malaysia mengakui jurang antara negara membangun dan negara maju kian melebar terutama bagi komitmen Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Kini, terdapat keperluan untuk mengukuhkan lagi komitmen dan tanggungjawab kolektif antara Dunia Selatan dan Utara.

“Komitmen dan tanggungjawab untuk merapatkan jurang keutamaan dalam mempercepatkan Agenda 2030 amat diperlukan.

“Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam menyokong negara-negara membangun atau Dunia Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Malaysia telah mengukuhkan komitmen dengan Kerjasama Selatan-Selatan melalui pembaharuan terma kerjasama Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi Antarabangsa untuk Kerjasama Selatan-Selatan (ISTIC) di Kuala Lumpur.

Pusat itu di bawah naungan UNESCO sejak tahun 2008.

Baca artikel berkaitan: Zambry ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak G77+China

Sehingga kini, ISTIC-KL telah menyumbang kepada Kerjasama Selatan-Selatan melalui lebih 30 Program Latihan STI dengan rakan kongsi strategik; dan memanfaatkan lebih 1,000 peserta dari hampir 100 negara.

Malaysia juga telah melancarkan Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) pada Mei 2023, bertujuan memupuk budaya Sains Terbuka iaitu menjadikan penyelidikan saintifik dan data dapat diakses oleh semua.

Malaysia akan terus mengalu-alukan penyertaan negara-negara membangun dalam Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang merupakan platform bagi perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan.

Sejak penubuhannya pada tahun 1980, MTCP telah memanfaatkan lebih daripada 37,000 peserta dari 144 negara penerima.

Sehingga hari ini, MTCP kekal sebagai manifestasi kukuh komitmen Malaysia terhadap Kerjasama Selatan-Selatan.

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan G77+China dan ahli-ahlinya dalam usaha bersama untuk pembangunan ekonomi, keamanan dan kemakmuran yang mampan,” kata Zambry.

G77+China ialah organisasi antara kerajaan terbesar dalam kalangan negara membangun di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyediakan platform bagi negara-negara Selatan untuk menyuarakan, mempromosi dan memajukan kepentingan ekonomi secara kolektif serta kerjasama untuk pembangunan.

Malaysia adalah antara ahli pengasas kumpulan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This