TINDAKAN seorang wanita cuba menyeludup beberapa jenis haiwan eksotik dengan menyembunyikan di dalam pakaian dalamnya tidak berhasil apabila ditahan pegawai kastam di Pelabuhan Futian, Shenzhen pada 9 September lalu.
Wanita yang juga pemilik kedai haiwan peliharaan itu dalam perjalanan dari Hong Kong ke China.
Memetik laporan Mirror, wanita dikenali sebagai Chen, 32, didakwa menyembunyikan reptilia itu di dalam bra dan poket baju dengan harapan dapat membawa haiwan itu ke premisnya di China.

Dia bagaimanapun ditahan pegawai kastam selepas dilihat berada dalam keadaan gementar selain memakai pakaian yang besar.
Menurut Jabatan Kastam, Chen telah menyembunyikan sembilan ekor ular spesies lampropeltis, enam ular hognose, empat lipan gergasi Peru, dan seekor cicak genus anolis dimana kesemuanya adalah haiwan eksotik.
Siasatan terhadap Chen telah membawa kepada pengakuan untuk menjual haiwan itu sebaik tiba di bandar Foshan.

Malah, Chen juga mengakui telah melakukan jenayah yang sama sebelum ini dan memperoleh wang yang banyak.
Jelas Chen, haiwan tersebut sukar ditemui di pasaran China dan dia dapat menjual haiwan itu pada harga yang tinggi kepada pelanggan.
Selain dijadikan sebagai haiwan peliharaan, ada pelanggan yang menggunakan haiwan eksotik itu bagi tujuan perubatan tradisional.
Difahamkan, ular jenis lampropeltis yang ditemui dalam pakaian Chen merupakan ular yang mempunyai racun bertoksik sehingga mampu membunuh manusia.
Menurut undang-undang di China, haiwan yang diseludup dari dalam atau luar negara haruslah dikuarantin dan diperiksa oleh pihak berkuasa terlebih dahulu untuk mencegah spesies asing invasif serta melindungi keselamatan ekologi.
Sementara itu, Jabatan Kastam tidak memaklumkan apakah tindakan undang-undang yang akan dihadapi oleh Chen.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

