Peluang Shah Firdaus untuk menyinar – Azizulhasni

Dari Penulis

SUKAN Asia Hangzhou 2022 menjadi pentas terbaik buat pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menampilkan potensinya selepas menjadi sandaran utama untuk membawa pulang pingat bagi kontinjen negara. 

Ia selepas jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengumumkan untuk menarik diri berikutan kecederaan yang dialami minggu lepas.  

Mohd Azizulhasni berkata, beliau optimis Muhammad Shah sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar di pentas antarabangsa terutamanya tanpa kehadiran beliau sekali gus membuktikan kemampuan sebenarnya.

 “Ini adalah masa untuk Shah menyerlah, beliau seorang pelumba yang berbakat dan mempunyai semangat juang tinggi seperti semua lihat ketika Kejohanan Trek Asia (di Nilai, Jun lepas). 

 “Shah sudah nak hampir tahap dengan saya tetapi mungkin masih ada kekurangan dari segi mental. Ini adalah masanya untuk dia belajar dan menyesuaikan diri berdepan situasi tekanan tinggi,” katanya pada sidang media status kecederaan beliau di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam. 

Baca juga: Azizulhasni umum tarik diri ke Sukan Asia Hangzhou 2022

Muhammad Shah Firdaus sebelum ini pernah membuktikan mampu menggalas tanggungjawab besar tanpa kelibat Mohd Azizulhasni, apabila berjaya meraih gangsa acara keirin di Sukan Komanwel Birmingham 2022. 

Sementara itu, Mohd Azizulhasni yang juga pemenang perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menyuarakan pendapat sama terhadap Mohd Fadhil Mohd Zonis yang disifatkannya sebagai pelumba yang mempunyai kekuatan fizikal yang sangat baik.

 “Fadhil juga adalah pelumba yang berbakat dan dia adalah yang terkuat (dalam kalangan pelumba basikal trek negara) di dalam gimnasium. Namun, dia ada masalah kepercayaan terhadap diri sendiri dan tahap keyakinan dirinya masih belum berada di tahap tertinggi.

Semalam jurulatih trek berbasikal negara John Beasley mengumumkan Mohd Fadhil bakal menggantikan Mohd Azizulhasni bagi acara keirin individu, manakala Muhammad Ridhuan Saharom bakal mengantikan bagi acara pecut individu. 

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This