Liza Hanim ‘bantai’ pengguna IG isu ‘body shaming’, Siti Nurhaliza anggap peribadi tak baik & hati hitam

Dari Penulis

PENYANYI Liza Hanim menempelak tindakan pengguna akaun Instagram @jab_netizen yang dengan sengaja menulis komen berbaur kutukan atau ‘body shaming’ terhadap dirinya.

Liza turut menyindir pengguna akaun terbabit yang seolah-olah mempertikaikan rupa parasnya yang tidak cantik menjadikan dia lambat popular biarpun memilik bakat yang luar biasa.

“Bukan sentap, bukan. Tapi saya perlu bangkitkan hal ini.

“Kenapa orang tak cantik memang tidak boleh menang apa-apa di Malaysia atau antarabangsa?

“Orang yang tak putih, hidung tak mancung memang tak bolehkah berjaya di Malaysia ini?

“Ya, betul akak sedar dan akak sangat bersyukur dengan apa yang Allah SWT telah kurniakan pada akak. Asalkan saya bahagia dengan keluarga, akak tak kisahlah semua, cantik, buruk ke akak ini bagi standard manusia

“Allah kurniakan bakat untuk akak boleh menyanyi tapi akak tak ada rupa paras yang mana semua mahukan putih, cantik, gebu dan mancung semua tu tapi akak tetap bersyukur,” tulisnya di Instagram.

Liza turut mempersoalkan motif disebalik komen yang ditinggalkan individu terbabit.

“Tergamak nak bagi komen macamni. Berkali-kali pula tu. Kenapa? Motif?

“Kadang-kadang, bahasa kata itu lagi penting daripada rupa paras, tahu? Akak tak goyang dengan cacian, kutukan, kritikan sesiapa tapi budaya sekarang agak melampau.

“Kadang-kadang akak tertanya juga rupa orang yang tulsi ini macam manalah agaknya?

“Tahun ini adalah tahun ke-26 dalam industri. Pelbagai dah yang akak lalui dan hadapi. Jadi, benda kutukan secara halus ini tak goyangkan akak, dik,” jelasnya.

Pada masa sama, biarpun terkilan dengan komen tersebut, Liza sempat menitipkan kata-kata semangat buat mereka yang turut menjadi mangsa ‘body shaming’ sepertinya untuk terus bangkit dan lakukan hal yang membahagiakan diri.

“Tapi saya sedih, kau bersikap kurang ajar dan tak sensitif. Hantaran ini untuk semua yang pernah kena kutukan macam akak untuk kita bangkit. Terus kuat dan terus lakukan apa yang membuatkan kita bahagia untuk diri dan keluarga kita.

Dan kita kena terus bersyukur kepada Allah SWT atas segala kurnianya. #akutakcantiktapiakubahagia,” ujarnya.

Sementara itu, hantaran tersebut turut menarik perhatian penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang namanya turut ‘dipetik’ di komen individu terbabit.

“Tulisan daripada @jab_netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan menyentuh soal fizikal, sebab semua orang tidak sempurna.

“Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya.

“Kakak sayang, Liza Hanim, teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan dan kesungguhan, Allah SWT janjikan kejayaan!! Inilah masanya. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buatmu, kak!,” tulisnya.

Selain Siti, rakan artis lain seperti Salamiah Hassan, Azhan Rani, Syura Badron, Haiza, Azira Shafinaz dan ramai lagi turut sama memberikan kata-kata semangat buat Liza.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This