‘Kak Rozie selalu kena’… Siti Nurhaliza dedah ramai sangka pengurusnya balas komen

Dari Penulis

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan pengurusnya, Rozie, sering menjadi sasaran tuduhan netizen yang menyangka beliau bukan individu sebenar yang membalas komen di Threads.

Menurut Siti, dakwaan itu tidak benar kerana beliau sendiri yang meluangkan masa membalas komen pengguna platform berkenaan, terutama selepas anak-anaknya tidur atau apabila aplikasi itu terbuka tanpa sengaja.

“Kak Rozie selalu kena. Orang ingat dia yang balas. Dia mengadu pada saya dia selalu kena tuduh. Tetapi sebenarnya tidak. Saya sendiri yang balas,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharu Umairah, Hujung Indah, di Ideas Hotel, baru-baru ini.

Bantu peniaga kecil

Siti berkata, kebanyakan komen yang ditinggalkannya berkaitan makanan yang dijual pengguna Threads kerana mahu membantu peniaga kecil di platform tersebut.

“Niat saya untuk membantu peniaga dalam Threads. Tapi tak sangka ramai pula yang terhibur. Perkara itu jadi berlarutan.

“Saya pun komen yang santai-santai sahaja. Tak sentuh isu yang serius sangat. Lebih kepada menceriakan keadaan.

“Tak sangka pula warga Threads layan saya seperti dalam kumpulan WhatsApp,” katanya.

Tidak layan komen toksik

Tambah penyanyi nombor satu negara itu, beliau mengelakkan diri daripada menyentuh isu yang terlalu serius atau melayan komen berbaur toksik.

“Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau dilayan komen toksik, ibarat virus yang merebak. Kalau rasa tak perlu dilayan, tak payah jawab.

“Kalau layan benda-benda yang santai, akan jadi menghiburkan,” jelasnya.

Menurut Siti lagi, mungkin ramai tidak pernah melihat sisi dirinya yang lebih santai dan suka berjenaka.

“Mungkin ini adalah sisi Siti Nurhaliza yang berbeza dan suka mengusik. Saya sebenarnya seorang yang santai dan kelakar.

“Mungkin orang tak berpeluang melihat sisi saya selain daripada sebagai seorang penyanyi,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This