Perlu halang atau tidak orang yang melintas di hadapan orang solat?

Dari Penulis

Adapun disyariatkan bagi orang yang solat untuk menahan atau menghalangi orang yang lalu di hadapannya. Baik ia memakai sutrah mahupun tidak. Dalilnya hadis Abu Said al-Khudri r.a. Nabi s.a.w. bersabda,

“Jika salah seorang dari kalian solat menghadap sesuatu yang ia jadikan sutrah terhadap orang lain, kemudian ada seorang yang cuba lalu di antara ia dengan sutrah maka cegahlah. Jika ia enggan dicegah, maka perangilah ia kerana sesungguhnya ia adalah syaitan” (HR Bukhari)

Sebahagian ulama berdalil dengan mafhum hadis ini. Disyariatkan untuk menahan orang yang lalu adalah jika solatnya memakai sutrah. Pendapat ini tidak tepat kerana dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. turut memerintahkan untuk menghalangi orang yang lalu secara mutlak.

“Jika seorang dari kalian solat, janganlah biarkan seseorang lalu di depannya. Tahanlah ia seboleh mungkin. Jika ia enggan maka perangilah ia kerana sesungguhnya dia adalah syaitan” (HR Muslim)

Artikel berkaitan: Benarkah wanita keldai dan anjing menjadi asbab solat-terbatal

Pun begitu para ulama berbeza pendapat mengenai hukum menahan orang yang lalu ketika sedang solat. Apakah wajib atau tidak? Itu kerana lafaz-lafaz hadis mengenai hal ini menggunakan lafaz perintah. Iaitu “cegahlah” dan “tahanlah” atau semacamnya. Maka pada asalnya menghasilkan hukum wajib.

Ini adalah salah satu riwayat dari pendapat Imam Ahmad. Lebih diperkuatkan lagi wajibnya kerana diperintahkan untuk memerangi orang yang enggan dicegah untuk lalu. Sedangkan jumhur ulama berpendapat hukumnya sunnah kerana sibuk menahan orang yang lalu dapat menghilangkan tujuan dari solat iaitu khusyuk dan tadabbur.

Selain itu juga adanya perbezaan hukum melalui orang yang solat sebagaimana telah dijelaskan, mengisyaratkan tidak wajib menahan orang yang lalu. Ini adalah pendapat Syafi’iyah, Malikiyyah, Hanafiyyah serta pendapat muktamad mazhab Hambali.

Syaikh Muhammad Soleh memaparkan kompromi yang bagus antara mewajibkan secara mutlak dengan yang mensunnahkan secara mutlak.

Dapat kita bawa kepada kompromi berikut perlu dibezakan antara lalu yang membatalkan solat dengan yang tidak sampai membatalkan solat. Jika lalunya tersebut membuat solatnya batal maka wajib ditahan.

Namun jika tidak sampai membatalkan solat maka tidak wajib untuk ditahan. Kerana dalam keadaan ini adanya yang lalu tersebut hanya akan membuat solat kurang sempurna tidaklah sampai membatalkannya.

Berbeza halnya jika ada yang lalu tadi dapat membatalkan solat. Lebih lagi jika solatnya adalah solat fardhu. Jika anda membiarkan sesuatu lalu sehingga membatalkan solat anda sama sahaja anda sengaja membatalkan solat. Dan hukum asal membatalkan solat fardu adalah haram. Wallahu a’lam

____________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This