TH terbuka peluang pelaburan, akan mulakan perbincangan dengan MoF

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEMBAGA Tabung Haji (TH) akan memulakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MoF) berkaitan pengambilan semula asetnya yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd sejak tahun 2018.

Sebagai rekod, Urusharta Jamaah merupakan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya MoF.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi untuk menyerahkan semula aset milik pengurus dana jemaah haji itu.

Menurut TH, pihaknya sentiasa terbuka kepada semua peluang pelaburan yang boleh memberi nilai tambah kepada institusi dan pendeposit.

“Usaha ini juga akan dikaji secara terperinci dan akan melalui proses serta tatakelola sedia ada.

“TH akan membuat pengumuman seterusnya berkenaan perkara ini pada masa yang sesuai,” katanya dalam kenyataan itu.

Pagi tadi, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 TH mengumumkan MoF akan memulakan perbincangan untuk menyerahkan semula aset milik TH yang kini diletakkan di bawah SPV.

Baca artikel berkaitan: MoF mula perbincangan serah semula aset TH – PM

Perdana Menteri berkata, perkara itu diputuskan selepas TH yang sebelum ini bergelut dengan isu pengurusan dan tatakelola sudah mula menunjukkan pemulihan sewajarnya.

Pada masa sama, Anwar menegaskan penyerahan semula aset itu juga membuktikan bahawa dakwaan aset TH telah diserahkan kepada orang bukan Islam adalah tidak benar sama sekali.

Pada 2018, TH memindahkan aset yang tidak menguntungkan bernilai kira-kira RM19.9 bilion kepada Urusharta Jamaah), SPV yang dimiliki Kementerian Kewangan bagi memantapkan kedudukan kewangannya.

Aset yang dipindahkan itu terdiri daripada gabungan pegangan ekuiti, hartanah dan aset perladangan yang tidak tersenarai.

Aset harta yang dipindahkan ke Urusharta Jamaah termasuk 0.63 hektar tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Sebagai pertukaran kepada aset itu, Urusharta Jamaah menerbitkan RM10 bilion sukuk tujuh tahun dan saham boleh ditebus boleh ditukar Islam (RCPS-i) berjumlah RM9.90 bilion.

Terbitan sukuk oleh Urusharta Jamaah itu telah memberikan TH pulangan sebanyak 4.0 peratus atau lebih kurang RM800 juta setahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This