Pengarah, pelakon Majid Salleh meninggal dunia

Dari Penulis

PENGARAH dan pelakon, Majed Salleh dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, hati dan buah pinggang di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang berusia 65 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya selepas azan Subuh hari ini.

Berita sedih itu disahkan isteri arwah, Nur Shida Mohd Zikir, 43, dan adik iparnya, penyanyi dan pengacara Shiha Zikir.

“Abang ipar Shiha, Abdul Majed Mohd Saleh telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon sedekahkan Al Fatihah buat almarhum, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan tergolong bersama golongan beriman. Amin ya Allah,” tulisnya Shiha di Instagram.

Sementara itu, Nur Shida memberitahu arwah suaminya itu sudah dirawat di hospital berkenaan sejak dua minggu lalu.

Menerusi laporan media sebelum ini, Allahyarham Majed pernah dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Selayang pada 17 Julai lalu kerana keadaan jantung yang lemah dan badan juga bengkak.

Malah, keadaan pengarah drama Gerak Khas dan Metro Squad ini turut dilaporkan kritikal apabila fungsi jantungnya tinggal 25 peratus sahaja.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This