Keberkesanan langkah tangani impak kejatuhan ringgit dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini

Dari Penulis

KEBERKESANAN langkah kerajaan dalam menangani impak kejatuhan nilai ringgit yang semakin merudum berbanding dolar Amerika, merupakan antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan dibangkitkan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), dalam sidang dewan yang memasuki hari kedua.

Pada sesi sama, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) pula meminta Perdana Menteri menyatakan hasil lawatan ke luar negara termasuk hasil pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia.

Perdana Menteri juga akan menjawab persoalan yang diajukan Datuk Seri Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (GRS-Keningau), berhubung fokus kerajaan dan dana untuk memesatkan pembangunan dan ekonomi Sabah dan Sarawak, susulan pemindahan ibu negara Indonesia, Nusantara ke Kalimantan Timur.

Baca artikel berkaitan: Dewan Negara lulus usul Kajian Separuh Penggal RMK12

Sementara itu pada sesi jawab lisan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) meminta Menteri Pendidikan Tinggi, menyatakan adakah kementerian itu berhasrat untuk meneliti dan mengkaji semula syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), termasuk jurusan undang-undang dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Selain itu, Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) pula, meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah kementerian itu berhasrat untuk membina lebih banyak pusat pendidikan teknik dan vokasional, khusus untuk pelajar OKU selepas tamat sekolah menengah.

Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan bacaan kali yang pertama Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 dan Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023.

Persidangan kali ini berlangsung selama 32 hari sehingga 30 Nov.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This