Speaker tolak usul bahas isu pemilikan saham Azam Baki

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DEWAN Rakyat hari ini menolak permohonan usul bagi membincangkan isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, penolakan dibuat susulan kerajaan sudah pun menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara tersebut.

“Oleh kerana jawatankuasa itu telah ditubuhkan dan siasatan sedang dilaksanakan, maka usul YB terpaksa saya tolak,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Permohonan usul tersebut dibawa oleh Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) bagi membolehkan Dewan Rakyat membincangkan isu pemilikan saham Azam dalam dua syarikat senaraian awam.

Mendengar keputusan itu, Ramkarpal berkata, usul itu sepatutnya boleh diterima dan dibahaskan walaupun siasatan sedang dijalankan oleh jawatankuasa khas.

“Walaupun ada jawatankuasa yang menjalankan siasatan, ia tidak menghalang dewan ini membincangkannya,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This