POLIS kini memburu suspek yang terlibat dalam kejadian mencuri tabung di sebuah restoran dekat Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/1090
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki berusia 57 tahun.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 1.10 pagi itu, suspek telah mencuri lima buah tabung berisi wang derma.
“Anggaran nilai kerugian yang dialami sebanyak RM300,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Hapizee Zulkarnain Md Puzi di talian 0127532276 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

