Polis siasat video tular anggotanya pukul OKT dalam tahanan

Dari Penulis

POLIS kini menyiasat video tular memaparkan kes pukul melibatkan orang kena tangkap (OKT) di dalam tahanan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/1115

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 2 Ogos, pukul 10.30 pagi.

“Kejadian tersebut bersabit repot: 29998/2022 dan laporan tangkapan telah dibuat oleh Inspektor Azrin Yazid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek telah dituduh di Mahkamah Klang pada 8 Ogos.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berhubung video tular tersebut.

“Polis memandang serius kejadian ini dan siasatan akan dijalankan ke atas aduan salah laku seperti yang dipaparkan dalam video viral tersebut,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan atau anggota polis yang didapati melanggar peraturan.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung perkara ini tanpa melindungi mana-mana pihak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This