Juan Torres Garrido ‘naik pangkat’, jadi ketua jurulatih B-23 baharu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan pengendali Sepanyol, Juan Torres Garrido sebagai ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan yang baharu bagi menghadapi Piala Asia B-23 di Qatar, April tahun hadapan.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Juan Torres ‘dinaikkan pangkat’ bagi mengisi kekosongan ditinggalkan E Elavarasan untuk kembali fokus kepada tugasan asal sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan.

Pengendali berusia 43 tahun itu sebelum ini merupakan penolong Elavarasan dalam skuad B-23 kebangsaan.

FAM dalam kenyataan meletakkan sepenuh keyakinan dan percaya dengan latar belakang pengalaman yang dimiliki jurulatih Sepanyol itu setelah setahun berada dalam sistem skuad B-23 kebangsaan.

“Juan Torres mampu mengemudi skuad ini bagi menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar nanti,” katanya.

Sebelum ke Malaysia, Juan Torres merupakan ketua pencari bakat FC Barcelona untuk kawasan Catalunya dari 2016 hingga 2020.

Beliau kemudiannya merupakan Ketua Bola Sepak Remaja Profesional (B-23) bagi kelab Granada CF dari 2021 hingga 2022.

Sementara itu, FAM turut mengumumkan pelantikan bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan sebagai penolong ketua jurulatih B-23 kebangsaan bagi membantu Juan Torres.

Baca artikel berkaitan: Elavarasan letak jawatan ketua jurulatih B-23

Menurut FAM, keputusan itu diambil selepas membuat penelitian dan penilaian menyeluruh.

“Kredibiliti, karakter dan kebolehan Shukor yang kini berusia 44 tahun diharap dapat membantu dalam memperkasakan lagi barisan pemain skuad B-23 kebangsaan.

“Shukor bagaimanapun hanya secara rasmi akan memegang jawatan tersebut selepas kontraknya sebagai penolong jurulatih pasukan Liga Super, Kuala Lumpur City FC ketika ini berakhir,” jelasnya.

Bagi set barisan kejurulatihan baharu skuad B-23 kebangsaan ini, Juan Torres sebagai ketua jurulatih akan dibantu Shukor di samping Kris Yong Wai Hwang sebagai jurulatih penjaga gol; Oscar Balaguer Cabeza dari Sepanyol sebagai jurulatih kecergasan serta Lee Jeyoon dari Korea Selatan sebagai jurulatih analisis prestasi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This