PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak untuk menjemput mana-mana parti politik untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.
Malah, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Anwar juga mempunyai hak untuk membentuk Kabinet serta menukar mana-mana menteri Kabinet.
Beliau berkata, tidak ada sesiapa yang mempunyai hak untuk mempersoalkan keputusan Anwar berhubung perkara tersebut.
“Jemputan Perdana Menteri kepada Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan hanya membuktikan satu perkara, iaitu dalam politik, tidak ada musuh yang kekal, dan politik adalah seni menjadikan perkara yang mustahil menjadi mungkin.
“PKR dan DAP telah bekerjasama dengan Pas pada 2008 dan 2013 dalam gabungan Pakatan Rakyat dan sebagai parti pembangkang menentang Barisan Nasional (BN).
“Selain itu, PKR, DAP, dan Pas pernah bersama-sama menjadi kerajaan negeri Selangor. Saya tidak terkejut jika tiga parti ini akan membentuk pakatan lagi di masa depan,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di akaun media sosial beliau.
Baca juga: Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Mengulas lanjut, Ka Siong berkta, beliau mencadangkan agar media dalam negara untuk meminta pencerahan berhubung jemputan itu daripada Anwar, Pas dan DAP.
Katanya, hal itu kerana mereka akan memberikan jawapan yang lebih memuaskan sebagai pihak yang terlibat.
Untuk rekod, Anwar dalam temu bual bersama media Time memaklumkan yang beliau telah memberi jemputan kepada Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.
Ketika ditanya maklum balas Pas terhadap jemputan tersebut, Anwar memaklumkan yang tiada sebarang penolakan mahupun penerimaan sehingga sekarang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

