Syukur Alhamdulillah, keluarga arwah Hamid Gurkha dah terima RM10,000

Dari Penulis

KELUARGA Allahyarham Hamid Gurkha bersyukur apabila pihak Astro sudah menyelesaikan wang berjumlah RM10,000 yang tertunggak sejak tahun lalu.

Berita gembira itu disampaikan anak ketujuhnya, Nor Azian kepada Harian Metro, malam tadi.

“Mak dan kami sekeluarga ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Harian Metro dan peminat yang menyokong.

“Mak melahirkan kesyukuran kerana segalanya dah selesai. Semoga arwah tenang di sana. Aamiin…itu yang penting bagi dia.

“Kami belum ada apa-apa perancangan pun untuk duit itu. Kami suruh mak simpan buat sakit pening dia,” katanya.

Menurutnya, mereka turut bercadang menggunakan wang ini untuk mengadakan majlis tahlil dan doa selamat.

“Tapi belum ada ketetapan tarikhnya lagi,” katanya.

Harian Metro pada 2 Oktober lalu melaporkan keluhan keluarga pelawak legenda ini yang masih menanti wang kemenangan berjumlah RM10,000 dari Astro yang tertunggak sehingga sekarang.

Hamid diberikan Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP di Anugerah MeleTOP (AME) 2021 yang berlangsung pada 29 Mei tahun lalu dan menerima wang berjumlah RM10,000.

Selepas itu, mereka menunggu wang kemenangan yang belum lagi diberikan sehinggalah bapanya meninggal dunia pada 14 Jun tahun lalu.

Keadaan ini sekali gus membuatkan mereka terlupa berkenaan wang itu yang belum diterima.

Apabila ibunya teringat perkara ini, mereka merujuk kepada Astro dan diminta menyediakan pelbagai dokumen sebagai bukti tuntutan.

Perkara ini mendapat perhatian Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh yang berjanji akan menyelesaikannya secepat mungkin.

SUMBER: HARIAN METRO


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This