‘Pesanan’ Elly Mazlein ingat asal usul tuju pada siapa?

Dari Penulis

LUAHAN pengacara dan pelakon Elly Mazlein menerusi Instagram Story miliknya mencetuskan tanda tanya dan turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Sebelum ini Elly membuat pengumuman menarik diri daripada mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza.

Namun, hantaran terbaharunya itu ditujukan kepada seseorang namun tidak diperincikan secara lanjut.

“Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita…sebab apa? Sebab niat kita ni baik untuk memberi laluan kepada orang ‘is shaking’ buat kerja dgn lebih selesa.

“Lagi satu, jangan gaduh fasal rezeki. Allah dah susun baik-baik untuk kita semua.

“Mengalah tak semestinya kita kalah. Kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia,” tulisnya.

Dalam entri sama, Elly turut meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang masih terus  memburukkan dirinya. 

“Kita dah elok-elok senyap… ‘member’ pulak ‘menggelitat’ nak kita cakap benda busuk bangkai ni…dunia…dunia.

“Menghukum orang tak habis? Supaya diri nampak terpaling baik…makin terserlah kelucuan ini.

“Ni baru nama lucu. Tak adalah lucu stereotaip dulu kini dan selamanya. 

“Walaupun sehebat mananya kita, sombong hebat kasi turun sikit dikkkkk. Ingat asal usul,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This