PELAKON Wanna Ali akui sudah membuat perancangan untuk meninggalkan industri seni selepas mendirikan rumah tangga bersama teman lelaki pada tahun hadapan.
Namun kata Wanna atau Nor Syazwana Mohd Ali, 26, hasratnya itu tidak kesampaian apabila hubungan mereka putus di tengah jalan.
Wanna juga menjelaskan bahawa dia bercadang untuk berhenti daripada menjadi pelakon dan penyanyi bagi memberikan perhatian kepada dunia perniagaan setelah berkahwin.
“Dia (bekas kekasih) pun ada cakap lepas kahwin, tidak mahu saya aktif dalam industri dan saya okay dengan perkara itu.
“Kami juga sudah berbincang berkenaan bisnes yang saya akan buat malah dia sendiri nak sediakan benda (bisnes) itu… Tapi jodoh tak panjang,” katanya menerusi laporan mStar.
Dalam pada itu, aktres filem Polis Evo 3 ini juga menyatakan bahawa dia dan bekas kekasih yang merupakan seorang ahli perniagaan telah berpisah pada pertengahan tahun ini kerana sudah tiada persefahaman.
“Lepas saya kahwin, saya mahu tinggalkan bidang seni… Tapi jodoh tak panjang.
“Kami putus dalam pertengahan tahun ini. Puncanya begitulah (tidak sefahaman). Mungkin terlalu awal untuk kita bincang fasal itu,” katanya.
SUMBER: mStar

