Pas akan teruskan agenda penyatuan ummah, perkasakan PN – Hadi

Dari Penulis

*MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE-69

PAS akan meneruskan agenda penyatuan ummah untuk menyatukan umat Islam dan bersama orang bukan Islam yang tidak ekstrem, demi kestabilan dan keharmonian negara. 

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas berusaha menyantuni pelbagai kaum dan tidak pernah mengesampingkan slogan Islam Untuk Semua (Islam For All).

‘’Pas bersama Perikatan Nasional (PN) mesti berpegang teguh dengan imej bersih dan mesti dilihat bersih, wibawa dan inklusif. PN yang menjadi pilihan rakyat mesti dilihat berbeza dengan PH-BN yang cakap tidak serupa bikin,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar bertemakan ‘Adil, Prihatin dan Berkebajikan’’ di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-69 di Shah Alam hari ini.

Abdul Hadi menegaskan,  pada masa sama, kerjasama Pas dalam gabungan Perikatan Nasional akan terus diperkasakan. 

‘’Tumpuan perlu diberikan pada aspek pengukuhan organisasi dan keserasian jentera di peringkat negeri dan kawasan, khususnya rakan-rakan dalam PN perlu menumpukan kepada penambahan ahli yang ramai dan cawangan yang banyak. 

‘’Tanggungjawab menarik sokongan undi bukan Islam dan memberikan penerangan kepada mereka tentang jaminan keadilan dan keharmonian dalam pemerintahan kerajaan PN juga perlu dilaksanakan khususnya oleh rakan-rakan daripada Gerakan,’’ katanya.

Di samping itu, kata beliau program tarbiah, kerohanian, kepimpinan dan kemasyarakatan secara bersama dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ikatan kerjasama yang sedia terjalin ini. 

Beliau berkata, Pas konsisten mengajak semua pihak sama ada parti politik, NGO-NGO dan tokoh-tokoh masyarakat untuk memperkukuhkan perpaduan ummah, disatukan orang Melayu Islam dan diajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem, mengikut acuan Sirah Rasulullah SAW. 

‘’Bila umat Islam lemah, kita akan hilang kekuatan. Bila kita tidak bersatu, kepentingan orang Melayu Islam semakin hari semakin dipijak dan hak keistimewaan agama Islam dan hak orang Melayu dan bumiputera semakin dicabar.

‘’Seruan penyatuan ummah ini tidak menjejaskan hak orang bukan Melayu dan bukan Islam, bahkan kita akan terus memelihara kebebasan beragama dan memberikan keadilan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,’’ katanya.

Abdul Hadi berkata, umat Islam wajib menjaga perpaduan ummah yang sedang dibina hari ini. 

‘Jangan wujud sebarang perpecahan supaya kita tidak menjadi laksana lesung dan alu berlaga, ayam pula yang kenyang.,’’ katanya.

Beliau berkata, PN sudah berjaya menarik sokongan pengundi Melayu Islam dalam PRU-15, maka usaha yang penting dan berat yang mesti dilakukan adalah menarik sokongan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu dalam PRU-16. 

‘’Perkara ini penting untuk dibincangkan dan dilaksanakan dengan bersungguh- sungguh, tersusun dan bijaksana,’’ katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This