MAYANG, Julia Farhana lancar kempen pentingnya kesihatan mental melalui koleksi Iris

Dari Penulis

Iris Series, koleksi terbaru yang dilancarkan oleh Mayang by Anntsya (MAYANG). Lebih istimewa, koleksi elegan ini turut berkolaborasi dengan pelakon, Julia Farhana melalui kempen MAYANG X JULIA FARHANA MARIN.

Ia merupakan kerjasama antara MAYANG bersama Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) di mana Julia menjadi wajah kempen kesihatan tersebut yang akan berlangsung selama enam bulan.

Iries Series.

Fesyen bukan hanya untuk kecantikan dan meningkatkan keyakinan, tetapi juga mampu memberi pengaruh kepada pengguna untuk membuat perubahan positif. Atas dasar itu, pengasas MAYANG, Aina Natasya Nor Zaim,28, menzahirkan koleksi Iris Series ini sebagai tanda sokongan terhadap kepentingan kesihatan mental.

“Saya sendiri pernah mengalami anxiety. Sebab itu saya tahu penting untuk mereka yang ada masalah begini meluahkannya. Tetapi, ramai di luar sana yang lebih suka memendam dan tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan.

“Kerana itu saya menyokong usaha memberi kesedaran tentang pentingnya mental yang sihat dan bekerjasama dengan MMHA melalui fesyen. Malah, saya memilih warna-warna pastel untuk koleksi ini kerana warna sebegitu juga ada kaitan dengan kesihatan mental,” kata Aina ketika ditemui di majlis pelancaran kempen koleksi ini di perkarangan Starhill Gallery, yang turut dihadiri para selebriti dan pempengaruh tanah air.

Aina Natasya, pengasas MAYANG.
Pelancaran kempen MAYANG X JULIA FARHANA MARIN.

Iris Series ditampilkan dalam empat rona warna pastel iaitu biru, rose gold, gold dan lilac. Menggunakan fabrik sutera korea, koleksi berkonsepkan kaftan mewah dengan corak marble ini turut hadir dengan dua jenis tudung iaitu shawl dan bawal untuk mereka yang berhijab.

Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, setiap hasil pembelian daripada koleksi Iris Series berjumlah RM5 akan disalurkan kepada program yang dijalankan di bawah MMHA. Secara tidak langsung, pembeli turut menyumbang kepada usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mental yang sihat dalam kehidupan.

Koleksi MAYANG boleh anda miliki secara atas talian menerusi www.mayangbyanntsya.com.my atau boleh datang ke butiknya yang terletak di Hotel Four Season, Kuala Lumpur.

Antara pempengaruh yang hadir dengan megenakan koleksi Iris Series.
Aina Natasya bersama Julia Farhana.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This