10 nasi lemak popular ‘berkampung’ di i-City

Dari Penulis

BERITA baik buat penggemar nasi lemak apabila 10 kedai popular hidangan itu akan berkampung di City Walk, i-City, Shah Alam pada 28 dan 29 Oktober ini.

Acara itu merupakan anjuran Kementerian Perpaduan Negara menerusi program Makan Sama-Sama edisi Nasi Lemak.

Antara Lemak paling popular itu termasuk M Village Park Nasi Lemak, Akka Nasi Lemak, Pak Naser Nasi Lemak, Chef Fauzey, dan Nasi Lemak Vegetarian Ru Yi.

Malah menu Rahmah juga akan dijual pada harga RM 1 hingga RM 5 bagi membolehkan orang ramai mencuba keenakan nasi lemak sebanyak yang mungkin.

Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan menarik daripada Sambal Smackdown serta Pertunjukan Fesyen Pakaian Tradisional Kanak-Kanak.

Selaras dengan acara ini, i-City akan membenarkan pengunjung masuk secara percuma tanpa had ke Waterworld@i-City bermula pukul 12 tengah hari.

Pengunjung yang hadir perlu bersedia dengan pakaian renang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This