Mahu fokus karier, Jisoo Blackpink dan Ahn Bo-Hyun sah putus cinta

Dari Penulis

Ahli kumpulan Blackpink, Kim Jisoo dilaporkan tidak lagi menjalinkan hubungan percintaan bersama pelakon Ahn Bo-Hyun selepas bergelar pasangan kekasih sejak dua bulan lalu.

Memetik laporan portal hiburan Korea Selatan, kedua-duanya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing kerana kesibukan kerja sekali gus mahu memberikan fokus kepada karier seni mereka.

Walaupun begitu, hubungan mereka masih lagi kekal sebagai sahabat.

“Disebabkan jadual kerja yang padat, mereka mula berjauhan dan membuat keputusan untuk menamatkan hubungan cinta,” ujar kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, pihak YG Entertainment yang mewakili Jisoo turut mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan ringkas.

“Benar Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah berpisah,” jelas pihak mereka.

Jisoo juga dikhabarkan bakal sibuk dengan penggambaran filem pertama lakonannya pada Disember ini.

Terdahulu, Jisoo dan Ahn Bo Hyun telah mendedahkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta selepas beberapa bulan rapat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This